Tidak dinafikan lagi, sikap prihatin dan mulia penyanyi nombor satu negara Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atas bantuan dan kerja amal yang dilakukan dalam membantu insan yang tidak bernasib baik bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara juga.
Dalam usaha membantu lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan, Dato Sri Siti Nurhaliza serta suami, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa telah melancarkan satu kempen Tabung Sedekah Subuh yang mana untuk memberi galakan kepada orang ramai bersedekah dan menderma.
Dalam temuramah bersama Dato Sri Siti Nurhaliza, beliau menyampaikan rasa syukur yang tak terhingga atas perjalanan Yayasan Nurjiwa dari awal sampai kini yang dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan.
“Sebelum ini, kita sudah melancarkan kutipan untuk Yayasan Nurjiwa melalui ‘fund,’ konsert-konsert serta kerja amal yang kami lakukan dan Alhamdulillah, dengan ada pertubuhan ini kami telah banyak telah membantu untuk meringankan bebanan kepada mereka yang terkesan dengan pelbagai musibah.” katanya.
Majlis pelancaran Kempen Jihad serta Kempen Sedekah Subuh Yayasan Nurjiwa yang telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur telah disambut baik oleh ramai masyarakat setempat. Beliau amat bersyukur atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan ini.
Sambutan baik ini dapat dilihat apabila 1,000 tabung sedekah subuh fasa pertama telah diedarkan. Pengedaran tabung dilakukan kepada pihak yang hadir seperti masjid, surau dan juga individu yang mana sumbangan bukan sahaja memfokuskan kepada tabung Yayasan Nurjiwa sahaja, namun boleh digunakan oleh semua orang.
Orang ramai yang ingin mengembalikan sumbangan tersebut ke Yayasan Nurjiwa boleh berbuat demikian ke akaun Yayasan Nurjiwa, Maybank 514486106455.
Yayasan Nurjiwa juga dalam proses untuk meningkatkan proses pengeluaran Tabung Sedekah Subuh ini untuk membantu lebih ramai orang yang kurang berkemampuan diluar sana. Sebarang pertanyaan atau persoalan boleh berhubung menerusi emel ke Yayasan Nurjiwa di general@nurjiwafoundation.org untuk mendapatkan tabung ini atau boleh juga mengisi borang yang sediakan disini https://nurjiwafoundation.org/tabung-sedekah-subuh/.
Sumber: Ladybosz, MalaysiaGazette, Hijabista