Music of The Soul: An Evening with Dato’ Sri Siti Nurhaliza

5 & 6 November 2022:  Yayasan Nurjiwa telah mengadakan satu persembahan amal khas yang di adakan di Dewan Plenary, KLCC.

Persembahan yang telah dijayakan oleh penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bertujuan untuk mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan serta sesi beramah mesra bersama peminat. Selain daripada itu, Dato’ Awie juga menjadi salah satu artis jemputan istimewa untuk menghiburkan mereka yang hadir pada malam berkenaan.

Sebagai penerbit dan pelaksana majlis, Yayasan Nurjiwa membawa harapan yang besar agar dengan pelaksanaan aktiviti ini dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan supaya lebih banyak misi bantuan dapat dilaksanakan terutama pada musim banjir atau musibah yang melanda rakyat Palestin.

Untuk kali ketiganya, Yayasan Nurjiwa telah berkerjasama dengan penganjur acara, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd bagi menjayakan persembahan amal selepas Konsert Satu Dato’ Siti Nurhaliza (2009), Dato’ Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart s (2014) dan terkini, Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza (2022).

Setelah bertahun Dato Sri Siti Nurhaliza tidak tampil membuat konsert dalam skala yang besar, buat kali ini beliau tampil dengan jiwa dan semangat yang tinggi dalam matlamat untuk membawa peminat bersama sama membuat kebaikan. Bukan itu sahaja degan pelaksanaan majlis ini dapat membantu menimbulkan kesedaran bahawa NGO dan masyarakat dapat bersatu padu dalam melaksanakan sebarang usaha murni dan  dalam masa yang sama dapat mengubat rindu peminat terhadap beliau.
‘Saya yakin, apabila lebih banyak tangan yang membantu, apa yang kita usahakan akan dapat diperluaskan lagi. Saya bersyukur kerana sepanjang misi bantuan banjir, Palestin dan Covid-19, banyak syarikat dan individu yang telah terlibat — Nurjiwa,” katanya.

Share this article

Other News

Tidak dinafikan lagi, sikap prihatin dan mulia penyanyi nombor satu negara Malaysia, Dato’ Sri Siti...
Pada 24 Oktober 2023, satu Perhimpunan Malaysia bersama Palestin telah diadakan di Stadium Axiata Arena,...
Sedih serta hiba apabila pihak tentera zionis laknatullah telah mengarahkan 1,1 juta rakyat Palestina untuk...